x---- Brad Pitt
Sunday, March 12, 2006
Last week, aku gi mancing ngan memember kat opis nie iaitu Harri n Jabit. Dua org ni memang click mancing aku sejak aku keje kat opis ni, 4 tahun yg lepas. Kami dah rancang dah seminggu sebelum nak pegi nie. Semua barang keperluan dah siap, umpan dah order, bot dah tempah, cuti dah amik, ubat mabuk dah standby, org rumah memasing dah bg tau dll.

Ini trip kedua kita org kat Sg. Lukut..... sebelum nie kami selalu pergi kat Bagan Lalang. Tapi sejak ditipu oleh pengusaha bot kat situ akhir tahun lepas .... kami dah terus tak pegi saner. Ader ker patut, kami bawak geng2 11 org nak pegi mancing kat laut..... tiba-tiba bot yg dijanjikan dia cakap rosak. Pastu suruh tumpang ngan geng2 nelayan yg nak pegi kelaut. Maner ada hasil kalau pergi mcm tu. Itu lah sbb kami cari port baru kat lukut nie.

Seperti dirancang, kami bertolak dari rumah kul 6.30am . Sepatutnya perjalanan dalam satu jam jer... tapi psl "makan buah langsat" punyer pasal tak ingat jalan sampai saner kul 8.30am. Tu tak kira traffik jamed psl lorry kelapa sawit dan bulldozer merangkak kat atas jalan yg sempit tu. Bila sampai jer, kami lepak japs tunggu umpan perumpun dan udang hidup. Pastu terus naik bot.

Pagi tu, air mula nak surut.... so, kami start mancing dari hulu ke muara. Aku org yg mula2 dapat first catch.... dapat ikan gelama. Pastu dapat ikan gerut2, semilang dan gelama lagi. Dalam pukul 10.30am, tiba2 jer joran harri disentap kuat. Dalam 8 minit jugak main dengan ikan tu..... pastu naik lah seekor siakap yg cukup besar.

Waktu tengahari kami main kat muara dan laut, tapi tiada hasil. Tali asyik putus jer kene gigit ngan buntal, so kami balik ke sungai balik. Petang, ikan semakin galak..... sampai tak cukup tangan aku dibuat nyer. Aku pakai 2 joran... tapi tak cukup tangan nak handle. Nak buat mcm maner.... bila baling jer, ikan makan. Bila nak layan ikan tu tarik, joran yg lagi satu tarik. Terpaksa mintak tolong harri yg "kurang bz" tu tolong.

Hasil harii tu, harri dapat juara ikan terberat (gambar ikan dia tu, ade kat dalam gambar kat bawah). Aku pulak dapat johan ikan terbanyak, raja gelama dan raja semilang.... hahahha!!!. Kami balik dalam kul 6.30pm dalam keadaan letih dan puashati. Alhamdulillah.
detected_7:27 PM

Who's your daddy

name
bday
yourcca

You are ticking

I II III IV
Hah. Fishpear layout again. Hah. Do not steal do not copy do not whatever.((: Features Brad Pitt from Mr and Mrs Smith. Decided to do it cos it's such a nice movie.


Come to daddy

links


We have to talk


tagboard here.

Get awesome
blog templates like this one from BlogSkins.comGet awesome blog templates like this one from BlogSkins.com